ANGKA kematian Covid-19 di Mexico mencecah 15,000 orang yang mana negara itu turut mencatat jumlah jangkitan tertinggi dalam masa sehari, kata kerajaan Mexico semalam.
Pegawai kesihatan Jose Luis Alomia berkata sebanyak 708 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 15,357 kes.
Di samping itu sebanyak 4,833 jangkitan baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 129,184 kes.
Dalam sidang media sama Setiausaha Kesihatan Hugo Lopez-Gatell mengingatkan bahawa ramalan kes untuk negara itu telah diperluas.
“Kita mempunyai hampir 17 atau 18 hari di mana penurunan wabak sudah terhenti tetapi tidak naik,” katanya menjelaskan pola jangkitan dan kematian.
Lopez-Gatell memberitahu AFP pada 29 Mei bahawa Mexico mungkin akan menyaksikan lebih 30,000 kematian akibat Covid-19.
Mexico dengan 127 juta penduduk menyaksikan jumlah kematian Covid-19 harian tertinggi pada 3 Jun dengan angka sebanyak 1,092 kes.
Amerika telah menjadi pusat wabak yang menyaksikan lebih 7.3 juta kes dan 414,484 kematian di seluruh dunia selepas ia bermula tahun lalu di China. – AFP, 11 Jun, 2020.
Komen