Pakatan sudah luluskan jalan pintas tanpa melalui Brunei, kata bekas menteri


Desmond Davidson

Bekas menteri kerja raya Baru Bian berkata kerajaan pusat PH sudah meluluskan pembinaan jalan alternatif tanpa melalui Brunei. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Jun, 2020.

BEKAS kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH) sudah meluluskan jalan pintas tanpa melalui Brunei untuk menghubungkan daerah paling utara Sarawak dengan bahagian negeri lain, kata bekas menteri kerja raya Baru Bian.

Oleh itu, beliau mempersoalkan perlunya kerajaan negeri mengajukan permohonan bagi laluan seperti itu.

Baru berkata demikian susulan rayuan Pembantu Menteri Pertanian, Tanah Asli dan Pembangunan Wilayah, Dr Abdul Rahman Ismail kelmarin agar kerajaan persekutuan mempertimbangkan untuk membina jalan menghubungkan Limbang dan Lawas dengan Miri.

Rahman juga merupakan Adun Bukit Kota di Limbang.

Baru berkata kerajaan pusat juga sudah memaklumkan Brunei mengenai rancangan itu.

Beliau berkata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, dalam kunjungan rasmi pertama ke Brunei selepas mengambil alih kuasa pada 2018, bersetuju dengan Sultan Brunei “bahawa Lebuhraya Pan Borneo tidak akan melalui Brunei”.

Beliau juga berkata keputusan itu bukan hanya terbukti bijak memandangkan pandemik Covid-19 dengan banyak negara menutup sempadan mereka, tetapi juga merupakan langkah logik agar pendududuk Sarawak tidak perlu menggunakan pasport untuk melakukan perjalanan dari satu negeri ke yang lain. – 11 Jun, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen