HAMPIR dua juta orang di AS dijangkiti Covid-19, dan sejak 24 jam lalu 1,082 orang terbunuh, kata data dikumpul Johns Hopkins University.
Negara kuasa besar ekonomi itu kini adalah negara paling teruk terjejas kerana virus itu, dengan jumlah korban – 112,833- dan jumlah kes positif yang kini mencecah 1,999,313 pada 8.30pm (8.30am waktu Malaysia).
AS terus merekodkan jumlah kes baharu Covid-19 sekitar 20,000 setiap hari dan bergelut merawat pesakit dengan jumlah kes terus meningkat di seluruh negara.
Di Texas dan Carolina Utara misalnya, jumlah pesakir Covid-19 yang dirawat di hospital lebih ramai berbanding sebulan lalu.
Dengan setengah juta ujian dibuat setiap hari, negara itu kini mendahului senarai negara yang menjalankan ujian per kapita penduduk.
Menurut data 11 kajian model epidemiologikal dibuat University of Massachusetts, jumlah korban Covid-19 di AS dijangka menghampiri 130,000 pada 4 Julai depan. – 11 Jun, 2020.
Komen