“IA perlu dilakukan. Gopal Sri Ram bercakap seolah-olah dia peguam negara.”
Ini merupakan penjelasan daripada bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali selepas memuat baik pendedahan pertemuannya dengan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram yang didakwa cuba memujuknya untuk menangkap perdana menteri ketika itu Najib Razak, dua tahun lalu.
Dalam postingnya, Apandi mendakwa Sri Ram datang ke rumahnya atas arahan Dr Mahathir Mohamad untuk menangkap Najib.
Ketika ditanya mengapa beliau tidak membuat pertemuan ini secara terbuka, Apandi menjawab: “Saya tidak boleh diganggu (ketika itu).”
“Tetapi kini dia (Sri Ram) berlagak seperti AG (peguam negara). Saya perlu lakukan. Dia bercakap seperti dia adalah AG.”
The Malaysian Insight telah menghubungi Sri Ram dan cuba untuk mendapatkan penjelasannya.
Sri Ram merupakan ketua pendakwa raya dalam perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Najib.
Beliau turut mengetuai pendakwaan dalam perbicaraan Najib bersama bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda kerana didakwa mengubah laporan audit 1MDB, perbicaraan rasuah Isteri Najib, Rosmah Mansor dan kes pengubahan wang haram Muhammad Shafee Abdullah yang merupakan peguam Najib.
Apandi dalam hantaran yang beliau sebut bayangan awal kepada sebuah bab dalam memoirnya, yang beliau harap akan diterbitkan akhir tahun ini.
“Ia merangkumi pelbagai bab kehidupan saya sebagai peguam, TPP (timbalan pendakwa raya) dan sebagai AG.”
Apandi, 70 juga berjanji memoir itu akan mengandungi banyak lagi “pendedahan”.
“Seperti pertikaian Pulau Batu Puteh dengan Singapura,” kata Apandi merujuk kepada keputusan Malaysia untuk menarik diri daripada kes Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Jun, 2018.
“Kamu lihat, secara tiba-tiba apabila Mahathir (Dr Mahathir Mohamad) kembali berkuasa, beliau tarik diri daripada kes itu.
“Ini berlaku seminggu sebelum kes itu sepatutya didengar di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda. – 10 Jun, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen