MALAYSIA mencatatkan hanya dua kes baharu hari ini, yang merupakan terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dan 39 pesakit pulih dan didiscaj hari ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Negara turut mencatatkan satu kematian membabitkan lelaki warga Malaysia berusia 61 tahun yang menghidap diabetis dan penyakit buah pinggang.
Mangsa adalah daripada kluster Seri Petaling dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 15 Mac. Beliau meninggal dunia pada pukul 7 pagi hari ini.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di negara ini 118.
Sementara itu, kes pulih ketika ini adalah 7,014 kes, atau 84.1% daripada julah kumulatif kes Covid-19 yang kini mencatatkan 8,338 kes, kata Noor Hisham pada sidang media harian di Putrajaya.
Katanya, satu daripada dua kes berkenaan adalah kes import yag mendapat jangkitan di luar negara manakala satu lagi adalah jangkitan tempatan melibatkan warga asing. Jangkitan tempatan itu dikesan di Kuching.
Menurutnya, terdapat 1,206 kes aktif, lima masih dirawat di unit rawatan rapi dan tiada yang memerlukan alat bantuan pernafasan.– 10 Jun, 2020.
Komen