PELUNCUR dan perenang dibenarkan untuk kembali ke pantai Peru walaupun perintah pengurungan masih berkuat kuasa, kata pihak berkuasa semalam.
Pantai akan dibuka secara berperingkat di bawah sekatan tertentu seperti mengehadkan penguna tidak lebih sejam di laut namun memakai topeng muka ketika berada di dalam air tidak wajib.
Pengunjung hanya dibenarkan berenang berseorang dan pantai akan dibuka pada waktu tertentu dalam sehari. Jarak sosial akan dibuat apabila pantai dibuka.
Berluncur adalah sukan yang sangat popular di Peru dengan lebih 60,000 peluncur dan banyak pantai yang popular dengan aktiviti sukan itu terletak di sekitar ibu kota Lima.
Perbandaran tempatan di Miraflores Lima di Twitter berkata pengunjung pantai perlu mengelak menggunakan kenderaan untuk tiba di pantai.
Miraflores merupakan kawasan kejiranan yang popular dalam kalangan pelancong dan memiliki pantai sejauh lima kilometer termasuk jumlah pantai untuk meluncur terbesar di ibu kota.
Bagaimanapun kedai menyewa papsn seluncur tidak dibenarkan dibuka.
Selain meluncur, sukan air lain seperti luncur angin, belayar dan berenang turut dibenarkan.
Peru melepasi angka 200,000 kes Covid-19 semalam menjadikan negara Amerika Selatan itu sebagai negara kelapan paling teruk di dunia.
Angka kematiannya juga meningkat lebih 5,700 orang, yang ketiga tertinggi di Amerika Latin selepas Brazil dan Mexico. – AFP, 10 Jun, 2020.
Komen