Aktiviti daki gunung dibenarkan bermula 15 Jun


Aktiviti mendaki gunung dibenarkan kembali beroperasi 15 Jun ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Jun, 2020.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan bahawa mendaki adalah antara aktiviti sukan dan rekreasi yang dibenarkan oleh kerajaan bermula 15 Jun ini, dengan pendaki perlu mematuhi amalan jarakan sosial serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Pendakian gunung dibenarkan bermula 15 Jun 2020,” menurut jawapan ringkas KBS terhadap pertanyaan netizen di laman Facebook rasminya, KBSMalaysia, berhubung perkongsian SOP sukan yang dibenarkan dan dilarang oleh kerajaan.

Sebelum ini, ramai pendaki keliru sama ada aktiviti mendaki dibenarkan atau tidak di bawah kategori rekreasi dan riadah.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Ahad, mengumumkan beberapa jenis sukan dan aktiviti rekreasi akan dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai Rabu ini, dengan pematuhan rapi terhadap SOP ketat yang ditetapkan kerajaan.– Bernama, 9 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen