RESTORAN, gerai makan dan kedai serbaneka boleh beroperasi sehingga 12 malam bermula esok, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.
Kerajaan juga katanya bersetuju membenarkan gerai di kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya beroperasi semula.
“Mesyuarat khas hari ini telah bersetuju untuk membenarkan restoran, gerai makan dan semua perniagaan menjual makanan untuk beroperasi sehingga jam 12 malam.
“Perniagaan mereka setakat ini hanya dibenarkan buka sehingga pukul 10,” kata Ismail Sabri pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan tamat tengah malam ini dan diganti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai esok hingga 31 Ogos, yang membolehkan pelbagai sekatan ekonomi dan sosial dibatalkan tetapi pembukaan semula sektor perlu mengikut SOP dikeluarkan kerajaan. – 9 Jun, 2020.
MENYUSUL
Komen