PENGENDALI gelanggang futsal meluahkan rasa tidak puas hati selepas kerajaan membuka kebanyakan aktiviti sukan dan rekreasi tetapi meneruskan penangguhan bagi sukan melibatkan kontak, termasuk yang diadakan di tempat tertutup.
Mereka memberitahu The Malaysian Insight berdepan masa yang sukar untuk mempertahankan perniagaan selepas berlakunya wabak Covid-19.
Gelanggang ditutup sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac, dan bimbang ia akan tutup kedai jika kerajaan tidak memberi mereka kebenaran untuk beroperasi dalam masa terdekat.
Ketua Pegawai Eksekutif Sports Barn, Roshan Jason berkata, pusat futsal dan bola keranjangnya di Petaling Jaya sedang bergelut kerana tiada pendapatan selama tiga bulan terakhir.
Roshan menggesa kerajaan berurusan dengan pengendali sukan tertutup atau menyediakan pakej khusus yang dapat membantu pemain industri.
Beliau juga mempersoalkan logik tidak membenarkan orang ramai bermain futsal yang dianggap sebagai “sukan melibatkan kontak”.
“Sejak 18 Mac, kami tidak dapat beroperasi dan ia bermaksud tiada pendapatan bagi kami tetapi kami masih perlu membayar sewa, kakitangan dan bil utiliti.
“Kos operasi kami untuk satu pusat sukan adalah sekitar RM50,000 dan ada dua pusat yang kami jalankan di Petaling Jaya, oleh itu jumlah keseluruhan adalah RM100,000.
“Kami memohon bantuan Bank Simpanan Nasional Mikro/i-Kredit Prihatin tetapi belum ada berita mengenai permohonan kami.
“Pada masa ini kami mengalami kerugian dan berusaha sebaik mungkin untuk tidak tutup kedai. Beberapa pusat futsal di PJ sudah ditutup.”
Beliau berkata pembuat dasar harus melibatkan mereka untuk mencari jalan keluar bagi masalah ini. – 10 Jun, 2020.
Berita penuh di sini
Komen