Industri telekomunikasi bengang 5G gagal


Sheridan Mahavera

Jalur spectrum 700-800MHz digunakan dalam 5G untuk menghantar data mudah alih dapat memberikan imbangan terbaik antara liputan dan kapasiti. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Jun, 2020.

TINDAKAN Perikatan Nasional (PN) yang tiba-tiba membatalkan peruntukan penggunaan spektrum 5G baru-baru ini memberikan isyarat salah kepada industri telekomunikasi ketika negara ini memerlukan pelaburan dalam ekonomi digital, kata wakil rakyat dan pemain industri.

Soalan juga dibangkitkan sama ada kementerian dan agensi terbabit, dan syarikat terpilih melanggar undang-undang dengan tidak mengumumkannya dengan jelas.

Pada 15 Mei, spektrum jalur frekuensi 700MHz diberikan secara langsung kepada lima syarikat telekomunikasi: Telekom Malaysia (TM), Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd dan Altel Communications Sdn Bhd.

Dalam beberapa kiriman di bahagian undang-undang di laman webnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multime (SKMM) berkata pemberian itu dibuat atas arahan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 3 Jun, sehari selepas peruntukan itu dilaporkan di media, Saifuddin menarik balik keputusan itu.

Pemain industri berkata keputusan awam disembunyikan oleh SKMM selama 15 hari sebelum diketahui media.

Lima syarikat telekomunikasi yang diberikan jalur itu tidak memaklumkan kepada pasaran saham tentang apa yang sepatutnyanya jadi “material pembangunan” yang akan memberi kesan besar terhadap harga saham, kata seorang pelabur.

Jalur spectrum 700-800MHz digunakan untuk menghantar data mudah alih, sangat mahal tetapi sumber terhad yang diperlukan oleh syarikat telekomunikasi kerana ia memberikan imbangan terbaik antara liputan dan kapasiti.

“Dapat sesuatu seperti ini seperti dapat hak terhadap rizab minyak. Ia peluang persaingan kepada mana-mana syarikat yang didagangkan secara terbuka dan kesan terhadap harga saham untuk semua orang dalam industri,” kata seorang pelabur yang enggan dinamakan.

Pemberian langsung itu dikritik oleh menteri sebelum Saifuddin, iaitu Gobind Singh Deo yang berkata kerajaan terdahulu, Pakatan Harapan memutuskan untuk melakukan proses tender terbuka pada Disember lalu.

Dengan berbuat demikian, hanya syarikat yang tampil dengan pelan perniagaan terbaik akan menerima jalur bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat liputan dan perkhidmatan terbaik pada harga kompetitif, kata Gobind. – 9 Jun, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen