TIADA boikot rasmi minyak kelapa sawit Asia Tenggara oleh Kesatuan Eropah (EU), kata ketuanya di Malaysia, Maria Costello Fernandez.
Katanya, Parlimen EU hanya membahaskan isu kelapa sawit dan penebangan hutan.
“Kami mahu menghubungi pihak berkepentingan di Malaysia dan terlibat dalam satu dialog untuk lebih memahami industri ini supaya kami dapat menerangkannya kepada komuniti Eropah,” katanya ketika kunjungan hormat 14 anggota Delegasi Duta Besar EU ke Sabah ke pejabat Ketua Menteri Sabah Musa Aman hari ini.
Fernandez merujuk kepada resolusi bukan Parlimen Eropah pada bulan April untuk menghalang minyak sayuran dalam biodiesel menjelang 2020 atas kebimbangan mengenai penebangan hutan.
Ini termasuk minyak kelapa sawit yang menjadi komoditi penting di Sabah, yang mana ia mesti menunjukkan ia dihasilkan secara lestari pada tarikh sasaran.
Malaysia telah menyuarakan kebimbangan mengenai resolusi itu walaupun usul itu termasuk gesaan kepada satu skim CSPO untuk kelapa sawit Eropah dan eksport minyak sayur-sayuran lain.
Terdahulu, Musa menggesa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) agar menghentikan kempen negatif terhadap industri minyak sawit yang katanya ia akan memberi menjejaskan kehidupan pekebun kecil di Sabah.
Beliau berkata, Malaysia mempunyai 680,000 pekebun kecil kelapa sawit, di mana 200,000 daripadanya di Sabah, yang menjadi pengeluar terbesar minyak sawit mentah (MSM) di negara ini.
“Ini bermakna kehilangan pendapatan untuk mereka dan keluarga mereka,” katanya sambil melahirkan kekecewaannya dengan beberapa negara EU yang memberi imej negatif dalam cubaan memboikot industri itu.
Kerajaan negeri Sabah telah mengambil langkah untuk memastikan industri kelapa sawit dari Sabah menjadi Minyak Sawit Lestari Diperakui (CSPO). – 29 November, 2017.
Komen