Tinggal 5 di ICU, tiada pesakit Covid-19 perlu ventilator


Ragananthini Vethasalam

Dr Noor Hisham berkata enam dari 11 kes tersebut dikesan di Selangor, termasuk dua kes semasa pemeriksaan saringan di Dengkil dan dua lagi dari sekolah Tahfiz. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Jun 2020.

MALAYSIA mencatat 19 kes Covid-19 baharu melibatkan 11 orang warga tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah tersebut menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan menjadi 8,322.

Dr Noor Hisham berkata enam dari 11 kes tersebut dikesan di Selangor, termasuk dua kes semasa pemeriksaan saringan di Dengkil dan dua lagi dari sekolah Tahfiz.

Seorang tahanan di ibu pejabat polis daerah Sabak Bernam dan satu kes di Pulau Indah adalah baki dua kes lagi.

Sementara itu, dua kes ditemui di Kuala Lumpur dan Sabah dan satu kes di Negeri Sembilan.

Terdapat 13 kes penularan tempatan dan enam kes import. Sebelas dari 13 kes yang penularan tempatan membabitkan rakyat Malaysia sementara dua lagi adalah warga asing.

Noor Hisham turut berkata 39 pesakit dibenarkan pulang setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan pemulihan menjadi 6,674.

Menurutnya lagi, kes aktif kini berjumlah 1,531 sementara lima pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), namun tidak ada pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Tidak ada kematian dilaporkan hari ini, menjadikan angka kematian kekal sebanyak 116 orang. – 7 Jun 2020.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen