BAGI sesetengah orang, makan di restoran dengan kebiasaan baharu iaitu beratur untuk diperiksa suhu badan, tulis nombor telefon atau mengimbas kod QR dan cuci tangan dengan cecair nyah kuman sebelum masuk ke premis agak melecehkan.
Bagaimanapun, bagi penggemar nasi daun pisang, Francis Deluke dan rakannya Joseph, sudah sampai masanya untuk mereka membiasakan diri dengan kebiasaan baharu ini selepas sudah lama tidak menikmati hidangan itu.
Mereka antara pelanggan yang beratur di depan restoran Sri Seenu (dahulunya dikenali sebagai Sri Paandi) di Jalan Dato Mahmud di Seksyen 11, Petaling Jaya.
Setiap pelanggan perlu menunggu giliran untuk diperiksa suhu badan oleh pekerja restoran dan diberi cecair pembasmi kuman.
“Kami tak keluar makan nasi daun pisang sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kami fikir sudah sampai masanya untuk kami datang sini,” kat Deluke, 50.
Walaupun terdapat restoran nasi daun pisang lain di Petaling Jaya, dua rakan itu memilih Sri Seenu kerana restoran itu menetapkan penjarakan sosial.
“Saya agak terkejut kerana hanya dua pelanggan boleh duduk di setiap meja,” kata Joseph.
“Rasa lebih selamat berbanding gerai di tepi jalan.”
Pemilik generasi ketiga Sri Seenu, Sinnaiah Alagan berkata jarak antara setiap meja di restorannya ditetapkan pada 3.5 meter.
“Kami kurangkan banyak meja disebabkan wabak Covid-19,” kata Sinnaiah, 55.
Menurutnya, jika dulu restorannya menyediakan 55 meja bagi 220 pelanggan, tetapi kini beliau terpaksa kurangnkan kepada hanya 26 meja.
“Hanya dua pelanggan boleh duduk di setiap meja,” katanya, yang membuka semula restoran sejak 26 Mei.
Disebabkan PKP juga lima daripada sebelas restoran Sinnaiah di Taman Tun Dr Ismail, Subang, Balakong, Brickfields da Jalan Pasar Pudu terpaksa ditutup. Ini menyebabkan separuh daripada pekerjanya terpaksa diberhentikan.
Tambah beliau, ini kesan akibat wabak Covid-19 adalah yang terburuk sepanjang 40 tahun berniaga.
Jika dibandingkan dengan krisis ekonomi pada 1997, Sinnaiah berkata perniagaan ketika itu perlahan tetapi tidaklah seteruk sekarang. – 7 Jun, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen