MALAYSIA mencatatkan 37 kes positif Covid-19 baharu, dan satu kematian hari ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata bahawa pesakit tersebut meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh dan merupakan seorang wanita berusia 79 tahun yang mempunyai kontak dengan pesakit positif Covid-19.
Ini menjadikan angka kematian keseluruhan adalah 117 orang.
Dari 37 kes tempatan, Dr Noor Hisham berkata bahawa 8 kes merupakan kes import dan 29 kes lagi adalah jangkitan daripada penularan tempatan.
10 warga tempatan terlibat dari keseluruhan 29 kes penularan tempatan.
Jumlah keseluruhan jangkitan kini menyaksikan angka sebanyak 8,303 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan itu turut berkata bahawa terdapat 25 kes yang pulih menjadikan jumlah kes yang dibenarkan pulang adalah sebanyak 6,635 atau 79.9% dari jumlah keseluruhan jangkitan.
Jumlah kes aktif pula kini sebanyak 1,551 kes. – 6 Jun 2020.

Komen