BRAZIL mengancam untuk menarik diri dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagi mengikut jejak Amerika Syarikat (AS) atas alasan ideologi berat sebelah.
Presiden Jair Bolsonaro berkata beliau sedang mengkaji keperluan menarik diri dari WHO jika pertubuhan itu terus mengamalkan pandang berat sebelah.
Bolsonaro mengamalkan cara kepimpinan hampir sama seperti Presiden AS Donald Trump dalam menangani isu pandemik Covid-19.
Beliau menolak pelaksanaan perintah duduk di rumah seperti yang dikuatkuasakan di kebanyakan negeri di Brazil.
Minggu lalu, Trump mengumumkan beliau memutuskan hubungan dengan WHO yang dilihat berat sebelah kepada China.
Bolsonaro berkata perkembangan antara AS dan WHO itu bukan satu kebelutan apabila pertubuhan kesihatan dunia itu menggantung ujian klinikal penggunaan ubat jenis hydroxychloroquine untuk merawat Covid-19.
Brazil merupakan negara ketiga paling ramai kematian akibat wabak itu selepas AS dan Britain.
Negara itu mempunyai lebih 645,000 kes jangkitan Covid-19 dan pakar kesihatan mendakwa jumlah itu lebih tinggi daripada yang dilaporkan. – AFP, 6 Jun, 2020.
Komen