LEBIH banyak dana untuk perusahaan mikro serta kecil dan sederhana (PKS) beralih kepada platform e-dagang dan pengurangan cukai bagi syarikat yang berpindah ke Malaysia adalah antara yang ditekankan dalam pakej rangsangan terbaru Putrajaya yang bertujuan membantu perniagaan.
Sektor yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19 seperti pelancongan dan industri kreatif juga diberi bantuan tambahan dalam pakej RM35 bilion.
Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.
Pakej ini bertujuan membantu peniaga mengatasi kerugian dalam pendapatan dan permintaan selepas usaha menangani wabak ini mengakibatkan ekonomi hampir ditutup selama lapan minggu.
“Penutupan ekonomi selama dua bulan menyebabkan perniagaan menghadapi masalah aliran tunai termasuk untuk membayar gaji pekerja dan sewa premis.
“Setelah ekonomi dibuka semula, kerajaan juga menerima maklum balas daripada sektor perniagaan mengenai pengurangan permintaan daripada pelanggan serta ketidakupayaan peniaga untuk menggunakan teknologi digital bagi menjana jualan atas talian,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen hari ini.
Sebanyak RM140 juta geran padanan akan diberikan kepada Multomeda Development Corporation (MDEC) untuk menjalankan sesi latihan, subsidi penjual dan bantuan penjualan.
Inisiatif ini akan diterajui oleh MDEC bersama platform e-dagang yang terpilih. – 5 Jun, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen