Internet percuma 1GB sehingga 31 Disember


Kemudahan Internet berkapasiti 1GB akan diberi secara percuma kepada semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Jun, 2020.

KERAJAAN dengan kerjasama syarikat telekomunikasi menyediakan kemudahan Internet berkapasiti 1GB secara percuma kepada semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang, kata  Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana), beliau berkata inisiatif Internet percuma itu disediakan sehingga 31 Disember, 2020 yang antara lain membolehkan pengguna melayari laman web pendidikan dan aplikasi persidangan video.

“Selain itu semua pengguna akan mendapat akses secara percuma tanpa had laman web kerajaan dan aplikasi Covid-19 kerajaan khususnya MySejahtera,” katanya. – Bernama, 5 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen