KEMATIAN di Peru mencecah 5,000 kes akibat koronavirus pada Khamis, menurut kementerian kesihatan negara itu, kerana hospital menghadapi kekurangan oksigen untuk pesakit serius.
Peru mencatatkan lebih 183,000 kes Covid-19, menjadikannya negara kedua di Amerika Lantin paling teruk dilanda selepas Brazil.
Pihak berkuasa mencatatkan lebih 4,200 kes baru dan 137 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan jumlah kematian Peru kepada 5,031, kata kementerian kesihatan.
Negara ini mempunyai kematian ketiga tertinggi di Amerika Latin akibat wabak itu, selepas Brazil dan Mexico.
Dengan lebih 9,000 pesakit koronavirus menerima rawatan di hospital, sistem kesihatan Peru hampir rebah.
Kerajaan mengisytiharkan oksigen sebagai “sumber kesihatan strategik” pada Khamis kerana kekurangannya untuk merawat pesakit Covid-19.
Presiden Martin Vizcarra berkata oksigen yang digunakan untuk penjagaan kesihatan “adalah keutamaan berbanding penggunaan perindustriannya.”
Koronavirus meragut nyawa sekurang-kurangnya 146 pegawai polis, 61 doktor dan paramedik, 20 wartawan dan lapan anggota bomba di Peru, menurut pihak berkuasa dan kesatuan sekerja.
Peru melaksanakan tindakan pengurungan akibat virus selama 81 hari dengan perintah berkurung pada sebelah malam dan sempadan ditutup.
Sebanyak 70% kes koronavirus di Lima dan pelabuhan Callao yang berdekatan, tempat tinggal sepertiga daripada 33 juta penduduk di negara ini. – AFP, 5 Jun, 2020.
Komen