Tidak salah ahli Parlimen pegang jawatan GLC, kata pakar


Noel Achariam

Ketua SPR, Azhar Azizan Harun berkata jawatan GLC tidak termasuk dalam takrifan jawatan berpendapatan sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 160 (2). – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Jun, 2020.

TIADA kesalahan dari segi undang-undang atau Perlembagaan bagi ahli Parlimen memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau badan berkanun, kata pakar undang-undang.

Mereka berkata salah faham mengenai isu ini mungkin disebabkan oleh salah membaca Perlembagaan persekutuan dan peraturan dan undang-undang yang mentadbir setiap GLC dan badan berkanun.

Terdapat dua isu berasingan di sini, kata mereka kepada The Malaysian Insight.

Di bawah Perkara 48 (1) (c) Perlembagaan, “seseorang tidak layak menjadi anggota sama ada anggota dewan parlimen jika beliau memegang sesuatu jawatan berpendapatan”.

Sedangkan, Perkara 160 (2) berkata yang “jawatan berpendapatan” apa-apa jawatan sepenuh masa dalam mana-mana perkhidmatan awam. 

Ini termasuklah jawatan mana-mana badan kehakiman, ketua audit negara, anggota Surhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau suruhanjaya lain dan jawatan lain yang mungkin diisytiharkan dengan tindakan Parlimen sebagai jawatan berpendapatan.

Ketua SPR, Azhar Azizan Harun berkata jawatan GLC tidak termasuk dalam takrifan jawatan berpendapatan sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 160 (2), terutama jika ia bukan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Justeru, katanya tiada masalah bagi anggota Parlimen memegang jawatan dalam GLC.

“Ini bukan tidak berperlembagaan. Istilah ‘jawatan berpendapatan’ ditakrifkan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan pada umumnya bermaksud memegang jawatan dalam perkhidmatan awam.

“Jawatan berpendapatan dalam perlembagaan persekutuan tidak bermaksud sebarang jenis jawatan seperti pengarah syarikat dan sebagainya,” kata Azhar kepada The Malaysian Insight. – 5 Jun, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen