WABAK Covid-19 dikategorikan di bawah Perkara 30, Jadual Pertama, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) iaitu “apa-apa jangkitan microbial yang mengancam nyawa”, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.
Menjawab dakwaan kononnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak mengikut lunas undang-undang kerana Covid-19 tidak diwartakan di bawah akta itu, beliau berkata ia merupakan pandemik baharu yang berlaku di seluruh dunia.
“Pindaan kepada Jadual Pertama, Akta 342 bagi menyenaraikan wabak Covid-19 sebagai penyakit berjangkit perlu dibuat melalui kuasa menteri di bawah Seksyen 30, Akta 342,” kata Dr Adham dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama, 4 Jun, 2020.
Komen