PENDEDAHAN kepada tahanan positif Covid-19 yang juga ditahan di Pusat Imigresen Bukit Jalil menyebabkan peningkatan 270 jangkitan baharu dalam kalangan tahanan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata kes baharu itu dikesan setelah sampel kedua diambil daripada tahanan di pusat berkenaan.
Kes tersebut menyumbang sebahagian besar daripada 277 jangkitan baharu yang dilaporkan di negara ini hari ini – jumlah jangkitan harian terbesar di Malaysia setakat ini.
“Mereka terdedah dengan kes positif dengan sebelum ini,” katanya sambil menambah tahanan kini dikuarantin di Pusat Tahanan Imigresen.
Noor Hisham juga berkata peningkatan kes juga mungkin disebabkan oleh jangkitan dalam kawasan yang terkurung dan sesak.
“Pendekatan pelbagai agensi diperlukan untuk melihat masalah pekerja asing,” katanya. – 4 Jun, 2020.
MENYUSUL
Komen