Brazil lapor 1,349 kematian akibat virus dalam tempoh 24 jam


Jumlah kematian akibat koronavirus di Brazil kini 3,548, dengan 584,016 jangkitan yang disahkan. – Gambar EPA, 4 Jun, 2020.

BRAZIL melaporkan sebanyak 1,349 kematian koronavirus dalam tempoh 24 jam pada Rabu, kata kementerian kesihatan, ketika wabak tersebut terus melanda negara Amerika Latin yang paling teruk terjejas.

Angka tersebut menjadikan jumlah kematian akibat koronavirus di Brazil kepada 3,548, dengan 584,016 jangkitan yang disahkan - jumlah kes tertinggi kedua di seluruh dunia, selepas Amerika Syarikat.

Pakar ujian tidak dijalankan secara menyeluruh dan jumlah sebenar mereka yang dijangkiti mungkin jauh lebih tinggi. – AFP, 4 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen