Mengapa hapus bajet Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, soal DAP


Gan Pei Ling

Ahli Parlimen Rasah Teo Kok Seong mengatakan peruntukan TAR UC dihapuskan dalam Bajet 2018. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 November, 2017.

AHLI Parlimen Rasah Teo Kok Seong meminta penjelasan kerajaan persekutuan kerana menghapuskan peruntukan untuk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) dalam Bajet 2018 hari ini.

Ahli Parlimen DAP itu berkata sejak tiga tahun lepas Putrajaya memberi peruntukan kepada TAR UC, tetapi ia dihapuskan dalam Bajet 2018. 

TAR UC yang diasaskan MCA menerima RM60 juta pada 2015, RM51 juta pada 2016 dan RM30 juta pada 2017, kata Teo.

“Selaku alumni Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC), saya sangat kecewa kerana kerajaan gagal menyediakan peruntukan untuk TAR UC pada 2018,” katanya kepada wartawan di bilik media Parlimen.

Katanya, MCA perlu memberikan penjelasan munasabah kerana penghapusan bajet mengejut sebuah institusi pengajian tinggi dengan lebih 27,000 pelajar.

Beliau mendakwa menteri dan ahli Parlimen dari MCA tidak mengetahui mengenai penghapusan bajet itu sehinggalah dibangkitkan beliau ketika perdebatan jawatankuasa Kementerian Pendidikan Tinggi semalam.

MCA menubuhkan TARC pada 1969. Ia dinaik tarak menjadi kolej universiti pada 2013.

Presiden MCA Liow Tiong Lai adalah pengerusi Lembaga Pengarah TAR UC.  – 29 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen