93 kes baharu Covid-19 hari ini, 61 lagi pulih


93 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini membawa kepada jumlah keseluruhan 7,970 kes di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Jun, 2020.

JUMLAH kes baharu Covid-19 hari ini menunjukkan peningkatan berbanding semalam, apabila 93 kes dilaporkan membawa kepada jumlah keseluruhan 7,970 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

61 kes bagaimanapun dilaporkan pulih, menjadikan jumlah kes pulih sehingga hari ini adalah sebanyak 6,531.

Dr Noor Hisham berkata peningkatan kes hari ini berasal daripada 55 kes direkodkan dari kluster depot imigresen di Bukit Jalil dan 36 kes daripada kluster ladang ayam di Pedas, Negeri Sembilan.

Tambahnya, hanya dua daripada 93 kes baharu hari ini melibatkan warga Malaysia dan baki 91 kes adalah melibatkan warga asing.

Semalam Malaysia melaporkan hanya 20 kes baharu dengan 66 kes pulih.

Tiada kematian dilaporkan hari ini, menjadikan hari ke-12 berturut-turut Malaysia tidak melaporkan korban baharu wabak.

Jumlah kematian kekal 115 orang di negara ini.

Enam pesakit Covid-19 masih dirawat di ICU dengan dua daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 3 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen