Mustahil Najib tidak tahu akaun bank sendiri, kata pendakwa raya


Bede Hong

Pihak pendakwaan berhujah yang Najib Razak mempunyai akses penuh terhadap akaun bank peribadinya dan tidak pernah sekali memeriksanya walau sekali dalam tempoh 5 tahun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Jun, 2020.

MUSTAHIL bagi bekas perdana menteri Najib Razak tidak pernah mengetahui baki dan transaksi lain daripada akaun bank peribadinya kerana beliau tidak pernah dilarang mengaksesnya, kata pihak pendakwaan pada perbicaraan SRC International ketika penghujahan lisan hari ini.

Pendakwa raya V. Sithambaram memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dokumen bukti dan transkrip komunikasi menunjukkan Najib tahu mengenai akaun banknya, baki serta kredit dan debit berjumlah RM42 juta.

Najib mempunyai lima akaun peribadi AmBank antara 2011 hingga 2015, yang Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Nik Faisal Ariff Kamil bertindak sebagai pemegang amanah.

“Saya berasa tertarik yang tertuduh tidak pernah melihat akaun banknya walau sekali dalam tempoh lima tahun,” kata Sithambaram.

“Beliau boleh dapat penyata bank bila-bila masa saja. Penyata bank tidak disembunyikan daripada tertuduh. Sebenarnya, tertuduh yang menjauhkan diri daripada penyata bank.”

Najib didakwa tiga tuduhan pecah amanah, tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa. Sekiranya disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun.

Sithambaram menambah mustahil perantara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Low Taek Jho menyimpan penyata bank, sedangkan Najib mempunyai akses sepenuhnya dalam tempoh lima tahun tersebut.

Ketua pendakwa berhujah hujah pihak pembelaan yang Low mempengaruhi urusan transaksi, komunikasi menunjukkan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu tidak perlu bertindak secara sembunyi tanpa pengetahuan Najib.

Menurut keterangannya pada Disember, Najib berkata beliau “tahu serba sedikit” mengenai akaun kerana sentiasa dimaklumkan oleh Nik Faisal atau arwah setiausaha sulit Azlin Alias ​​mengenai baki akaunnya. – 3 Jun, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen