Warga asing lari dari pusat kuarantin ditahan semula, kata menteri


Mohd Farhan Darwis

Seorang lelaki Rohingya dimasukkan ke pusat kuarantin pada Sabtu lepas, selepas ditahan oleh pihak polis di satu sekatan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Jun, 2020.

SEORANG lelaki warga asing yang melarikan diri dari pusat kuarantin pada Ahad sudah ditahan semula dan dimasukkan semula ke hospital, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

“Lelaki Rohingya yang lari itu sudah ditangkap dan dimasukkan balik ke hospital,” katanya yang merujuk kepada kejadian di sebuah pusat kuarantin di Perak.

Kejadian di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Tanjung Rambutan itu dilaporkan disedari ketika pemantauan, menurut polis dalam laporan media semalam.

Lelaki itu dimasukkan ke pusat kuarantin itu pada pukul 5.00 petang Sabtu lepas, selepas ditahan oleh pihak polis di satu sekatan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan.

Beliau seterusnya dimasukkan ke Hospital Slim River kerana mempunyai simptom Covid-19.

Hasil saringan mendapati lelaki itu negatif dan kemudiannya dihantar ke Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dikuarantin selama 14 hari. – 2 Jun 2020.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen