AS catat 743 kematian akibat koronavirus dalam tempoh 24 jam


AS secara rasmi mencatat 1,809,109 kes Covid-19 dengan 105,099 kematian. – Gambar EPA, 2 Jun, 2020.

AMERIKA Syarikat (AS) pada Isnin mencatatkan 743 kematian koronavirus dalam tempoh 24 jam, menurut Universiti Johns Hopkins, menjadikan jumlahnya kepada 105,099 sejak pandemik global bermula.

Negara ini secara rasmi mencatat 1,809,109 kes Covid-19, menurut pengesan yang dipasang oleh universiti yang berpusat di Baltimore pada pukul 8.30 malam (0030 GMT Selasa).

Angka kematian dan jumlah kes di AS adalah yang terburuk di dunia.

Virus ini membunuh sekurang-kurangnya 373, 439 orang di seluruh dunia sejak ia muncul pada akhir 2019 di China, menurut laporan yang dikumpu oleh AFP daripada sumber rasmi.

Di AS, banyak negeri mulai melonggarkan langkah pengurungan yang bertujuan mengekang penyebaran virus dalam pelbagai tahap.

Tetapi beberapa bandar utama AS mengeluarkan perintah berkurung dalam menghadapi protes ganas yang disebabkan oleh kematian tahanan polis

Minneapolis George Floyd, seorang lelaki kulit hitam tanpa senjata yang maut minggu lalu selepas seorang pegawai kulit putih menekan lehernya dengan lutut selama sembilan minit. – AFP, 2 Jun 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen