Kyrgyzstan lapor 69 kes baharu koronavirus


Kyrgyzstan melaporkan pertambahan kes baharu Covid-19 yang kini sudah mencecah 1,817 orang. – Gambar EPA, 1 Jun, 2020.

KYRGYZSTAN pada Isnin mengesahkan 69 kes baharu Covid-19, meningkatkan jumlah jangkitan kepada 1,817, lapor agensi Berita Kyrgyz (Kabar).

Timbalan Menteri Kesihatan, Nurbolot Usenbaev, semasa taklimat dalam talian berkata daripada jumlah itu 12 kes membabitkan petugas perubatan, menjadikan jumlah keseluruhan anggota kesihatan dijangkiti virus itu seramai 362 orang termasuk 252 pesakit yang sudah pulih. 

Tambah beliau, 18 jangkitan merupakan kes import, 46 kes baharu mempunyai kontak dengan pesakit manakala lima lagi tidak dapat dipastikan bagaimana mereka dijangkiti.

Pada masa ini ada seramai 620 pesakit dirawat di hospital, lima daripadanya berada di unit rawatan rapi.

Secara keseluruhan, 2,393 kontak dikenal pasti dan diletakkan di bawah pemerhatian perubatan.

Seramai 7,630 kontak lagi menjalani kuarantin di rumah.

Menurut timbalan menteri itu lagi, sebanyak 1,151 ujian saringan Covid-19 telah dijalankan dalam tempoh 24 jam lalu. – Bernama, 1 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen