Kes Covid-19 di Chile mencecah 100,000


Pekerja perbandaran di komuniti San Ramon mengedarkan kotak makanan asas kepada keluarga yang terjejas akibat perintah berkurung bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19. – Gambar EPA, 1 Jun, 2020.

JUMLAH kes Covid-19 di Chile meningkat sebanyak 4,830, kini mencecah 99,688, lapor agensi berita Sputnik, memetik Kementerian Kesihatan pada Ahad.

Negara itu turut mencatatkan 57 kematian menjadikan jumlah korban seramai 1,054. Jumlah pesakit sembuh pula seramai 42,727 orang.

Kadar jangkitan melonjak dengan ketara pada separuh kedua Mei - sekitar 3,500-4,500 kes baharu dilaporkan dalam sehari - peningkatan kira-kira 300-500 kes sehari berbanding April. – Bernama, 1 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen