VIETNAM masih tidak melaporkan sebarang kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah jangkitan setakat 31 Mei kekal 328, menurut Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan Covid-19.
Agensi berita Vietnam (VNA) melaporkan, negara itu juga tidak mencatatkan kes jangkitan tempatan selama 45 hari berturut-turut.
Daripada 328 kes yang disahkan itu, 188 adalah kes import.
Seramai 279 pesakit atau 85% telah pulih sementara 49 yang lain masih dirawat dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Sementara itu, seramai 7,870 kontak rapat pesakit Covid-19 atau yang baru pulang dari kawasan dilanda wabak, kini diletakkan di bawah pemantauan kesihatan. Seramai 69 dikuarantin di hospital, 6,870 di kemudahan khas dan 931 di rumah. – Bernama, 1 Jun, 2020.
Komen