SYARIKAT penerbangan Emirates akan mengurangkan jumlah pekerja bagi menampung kos kerugian ekoran pandemik Covid-19.
Bagaimanapun syarikat Emiriyah Arab Bersatu itu tidak menyatakan jumlah pekerja yang akan dikurangkan.
“Kita akan meneliti kemungkinan untuk mengekalkan operasi perniagaan tetapi perlu mengucapkan selamat tinggal kepada pekerja yang setia dengan kita<’ kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Syarikat penerbangan terbesar di Asia Barat itu mempunyai kira-kira 100,000 pekerja dengan kekutan 270 buah pesawat.
Pada Mac lalu, Emirate mengumumkan pemotongan gaji antara 25 hingga 50% kebanyakan pekerjanya selepas operasinya dihentikan akibat pandemik Covid-19.
Kemudian pada 18 Mei, syarikat itu berkata ia memerlukan 18 bulan untuk kembali pulih seperti biasa.
Syarikat itu menggantung penerbangan pada 22 Mac sebelum menyambung semula perkhidmatan dua minggu kemudian. – AFP, 31 Mei, 2020.
Komen