BERJUTA-juta penduduk Bangladesh kembali bekerja hari ini selepas kerajaan menarik semula perintah pengurungan walaupun jumlah kes baharu dan kematian akibat Covid-19 naik mendadak.
Arahan penarikan semula perintah itu dibuat selepas Bangladesh menambil pinjaman kecemasan pandemik daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Jumaat lalu.
Tetapi kes jangkitan wabak itu merekodkan jumlah tertinggi hari ini dengan 2,545 kes baharu dan 40 kematian.
Di bandar Dhaka, penumpang memenuhi kereta api manakala jalan sesak teruk apabila pekerja kembali memulakan tugas selepas berbulan-bulan berkurung di rumah.
Mereka tetap mengamalkan penjarakan sosial dan memakai topeng ketika menuju ke lokasi masing-masing.
Larangan yang dikuatkuasakan bagi mengekang virus itu bermula pada 26 Mac lalu sebelum ditarik semula secara berperingkat.
Sektor pendidikan masih kekal ditutup setakat ini.
Negara yang mempunyai 168 penduduk itu mencatatkan 47,151 kes jangkitan dengan 650 kematian. – AFP, 31 Mei, 2020.
Komen