Wanita Indonesia berusia 100 tahun pulih Covid-19


Dilahirkan pada 1920, Kamtim dimasukkan ke hospital pada bulan lepas selepas mempunyai simptom dan disahkan dijangkiti virus itu. – Gambar AFP, 31 Mei, 2020.

SEORANG wanita Indonesia berusia 100 tahun menjadi pesakit paling tua di negara itu yang pulih sepenuhnya akibat jangkitan Covid-19.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Kamtim itu dibenarkan keluar hospital pada minggu ini selepas sebulan menjalani rawatan di Surabaya.

Gabenor Jawa Timur Khofifah Indar Parawansa berkata beliau berharap kisah Kamtim akan memberi semangat kepada penduduk lain yang dijangkiti virus itu untuk pulih terutamanya golongan tua dan berpenyakit kronik.

“Saya berharap kisahnya akan memberi motivasi kepada golongan tua sepanjang pandemik ini,” katanya.

Dilahirkan pada 1920, Kamtim dimasukkan ke hospital pada bulan lepas selepas mempunyai simptom dan disahkan dijangkiti virus itu.

Menantunya, Siti Aminah berkata petua ibu mentuanya pulih adalah disebabkan disiplin dan kegigihannya.

“Setiap hari saya memeriksa keadaannya dengan jururawat dan mereka memberitahu bahawa dia amat tabah dan patuh mengambil ubat.

“Dia amat bersemangat untuk pulih.”

Bagaimanapun tidak pasti punca Kamtim dijangkiti virus itu.

“Dia mungkin mendapat virus itu dari jiran yang datang melawat kerana dia jarang keluar rumah,” kata Aminah.

Indonesia mencatatkan lebih 26,000 kes dengan 1,613 kematian. – AFP, 31 Mei, 2020.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen