BRAZIL mencatat angka kematian Covid-19 mencecah 28,834 kes mengatasi Perancis menjadikannya negara keempat dengan kematian tertinggi di dunia, kata pihak berkuasa semalam.
Di pusat wabak coronavirus Amerika Selatan Brazil juga menyaksikan peningkatan sebanyak 33,274 kes dalam 24 jam terakhir, kata Kementerian Kesihatan.
Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 498,444 kes, yang kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat.
Sao Paulo dan Rio de Janeiro tetap menjadi negeri paling teruk dijangkiti wabak berkenaan.
Kementerian Kesihatan Brazil mengatakan “tidak ada cara untuk meramal” bila wabak itu akan memuncak dan pakar berkata jumlah kes mungkin 15 kali lebih tinggi dari angka yang disahkan kerana ujian saringan belum diadakan secara meluas.
Pandemik itu merebak ke seluruh Brazil keika gabenor dan datuk bandar menerapkan langkah-langkah pencegahan sementara Presiden Jair Bolsonaro yang menaruh harapan ekonomi kembali berkembang pesat mempersoalkan tindakan kuarantin yang dikenakan.
Angka kematian AS kini berjumlah 103,685. Sementara di United Kingdom mencatat angka sebanyak 38,376 dan Itali berjumlah 33,340. – AFP, 31 Mei 2020.
Komen