Kerajaan gagal lindungi pekerja dari kesan ekonomi, kata MTUC


KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia berkata pihaknya bimbang kerajaan berusaha untuk menyembunyikan masalah pengangguran yang semakin meningkat di Malaysia disebabkan oleh wabak Covid-19.

Setiausaha Agung MTUC J Solomon berkata kerajaan gagal melindungi pekerja dari kesan ekonomi akibat wabak dahsyat yang menyaksikan ratusan ribu hilang pekerjaan dan berdepan pemotongan gaji.

Beliau berkata rancangan tindakan Putrajaya untuk menangani Covid-19 gagal melindungi pekerja dari majikan yang menjadikan wabak sebagai alasan memberhentikan mereka dan memotong gaji secara besar-besaran.

Beliau berkata demikian mempertikaikan kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam bahawa hampir 70% tenaga kerja sudah kembali bekerja di pelbagai sektor dan ekonomi Malaysia akan pulih tahun hadapan.

“Ramai majikan termasuk PKS bercakap mengenai pemberhentian kerja besar-besaran dalam beberapa minggu mendatang termasuk ramalan menakutkan oleh Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia bahawa hingga 2 juta orang dijangka hilang pekerjaan selepas sambutan Hari Raya,” katanya dalam satu kenyataan.

Solomon berkata MTUC tidak mahu meredakan keyakinan Tengku Zafrul yang dilihat optimis terhadap prospek Malaysia untuk tahun hadapan.  – 31 Mei 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen