RAKYAT Malaysia harus mempertingkatkan keselamatan siber mereka apabila menggunakan aplikasi berasaskan Cloud bagi mengelakkan ancaman keselamatan, kata perunding keselamatan siber.
Ketua Perunding Teknikal Forcepoint Overseas Limited, Brandon Tan berkata kerajaan dan organisasi perlu mengambil langkah-langkah meminimumkan risiko keselamatan siber.
“Ada organisasi yang sedar kepentigan Cloud tetapi tidak mahu menggunakannya sebagai platform.
“Bank-bank di Malaysia tidak dibenarkan menggunakan Cloud kerana dibimbangi akan membahayakan kerahsiaan dan keselamatan pelanggan mereka. Sebenarnya, ada penyelesaian, tetapi menggunakan platform ini tanpa keselamatan akan mengundang risiko,” katanta selepas taklimat media “Forcepoint Uncovers Range of Security Threats for 2018” di Kuala Lumpur.
The Sun melaporkan Perdana Menteri Najib Razak dipetik berkata Putrajaya akan memperkenalkan strategi “Cloud-First” dalam agenda negara bagi mmepercepatkan ekonomi digital untuk kumpulan sasaran iaitu belia, kumpulan B40, PKS dan usahawan digital.
Najib berkata Cloud adalah asas kepada transformasi organisasi digital dan strategi Cloud-First akan dimulakan dengan sektor awam.
Strategi Cloud-First ditakrifkan sebagai satu kaedah perkhidmatan penyampaian tekonologi maklumat yang lebih pantas, seperti perkongsian data dan transaksi online, di mana sumber diambil daripada Internet melalui aplikasi berasaskan web berbanding sambungan langsung kepada pelayan. – 28 November, 2017.
Berita penuh di sini.
Komen