Indonesia catat 25,773 kes Covid-19


Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 557 tambahan kes positif baharu, manakala 53 lagi kematian berlaku dalam tempoh berkenaan. – Gambar EPA, 30 Mei, 2020.

KES positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 25,773 kes, dengan kematian kini berjumlah 1,573 orang.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 557 tambahan kes positif baharu, manakala 53 lagi kematian berlaku dalam tempoh berkenaan.

“Ketika ini juga seramai 12,832 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,” katanya dalam sidang media harian yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 516 kes, diikuti Jawa Timur (372 kes), Jawa Barat (144) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia. – Bernama, 30 Mei 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen