1,225 maut akibat Covid-19 di AS dalam 24 jam


Topeng muka yang dijual melalui mesin layan diri di New York. Sehingga kini 1,745,606 kes Covid-19 disahkan di AS. – Gambar AFP, 30 Mei, 2020.

SEBANYAK 1,225 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) semalam, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut di negara itu kini mencecah 102,798 orang, menurut Johns Hopkins University.

Data yang dikeluarkan setakat jam 8.00 malam waktu tempatan oleh universiti di Baltimore itu menunjukkan sehingga kini 1,745,606 kes jangkitan disahkan di AS.

Angka terbaharu itu juga dikeluarkan ketika Presiden Donald Trump mengumumkan AS memutuskan hubungan dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Trump menuduh WHO gagal membendung penularan wabak Covid-19 dan menyebelahi China.

Virus mula dikesan di Wuhan, China pada Disember tahun lalu.

Trump mulanya menggantung dana kepada WHO pada bulan lalu. AS merupakan penyumbang terbesar dengan AS$400 disalurkan kepada WHO tahun lalu.

Sementara itu, beberapa negeri di AS mula melonggarkan sekatan pergerakan secara berperingkat.

New York yang paling terjejas akibat Covid-19 akan membuka sepenuhnya aktiviti ekonomi mulai 8 Jun, kata Gabenor Andrew Cuomo semalam. – AFP, 30 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen