Angka kematian akibat Covid-19 Brazil kini lebih 27,000


Brazil negara kelima tertinggi di dunia dalam jumlah kematian disebabkan wabak Covid-19. – Gambar EPA, 30 Mei, 2020.

ANGKA kematian akibat Covid-19 di Brazil mencecah 27,878 semalam, melapasi jumlah yang direkodkan Sepanyol, kata pihak berkuasa.

Ini sekaligus menjadikan Brazil negara kelima tertinggi di dunia dalam jumlah kematian disebabkan virus yang mula dikesan di China sejak Disember lalu.

Amerika Syarikat (AS) berada di depan sekali merekod angka kematian Covid-19 tertinggi diikuti Britain, Itali dan Perancis.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu seramai 1,124 orang meninggal dunia, kata Kementerian Kesihatan Brazil.

Negara itu juga melaporkan 26,928 kes baharu, menjadikan jumlah kes sehingga kini 465,166.

Pihak berkuasa memberi amaran Brazil bakal mengatasi Perancis yang setakat ini mencatat 28,714 kematian akibat Covid-19. – AFP, 30 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen