Corona lahir di zoo Bali


Anak zirafah itu dilahirkan pada 9 April menerusi pasangan zirafah betina Sophie dan jantan Matadi, akan menyertai dua lagi anak zirafah di Taman Safari Bali. – Gambar AFP, 29 Mei, 2020.

SEBUAH zoo di Bali menamakan seekor anak zirafah sebagai Corono bagi mengenang kelahirannya ketika wabak virus itu melanda dunia.

Anak zirafah itu dilahirkan pada 9 April menerusi pasangan zirafah betina Sophie dan jantan Matadi, akan menyertai dua lagi anak zirafah di Taman Safari Bali.

Zoo turut mengeluarkan rakaman video menunjukkan detik anak zirafah itu dilahirkan.

“Dia lahir ketika wabak Covid-19 jadi menteri alam sekitar menamakannya sebagai Corona,” kata jurucakap zoo Anak Agung Ngurah Alit Sujana.

“Corona sihat dan masih menyusu. Kami akan perhatikannya selama tiga bulan.”

Taman Safari Bali masih ditutup kepada pelawat sejak Mac lalu dalam usaha mengekang penularan jangkitan Covid-19. – AFP, 29 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen