Korban Covid-19 di India atasi China


India antara negara yang paling padat penduduk di dunia dan sistem kesihatan yang lemah, kini menjadi negara yang melaporkan peningkatan kes Covid-19 setiap hari. – Gambar AFP, 29 Mei, 2020.

KORBAN Covid-19 India hari ini melepasi China, dengan 175 lagi maut dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah terbunuh seramai 4,706, menurut data rasmi.

India antara negara yang paling padat penduduk di dunia dan sistem kesihatan yang lemah, kini menjadi negara yang melaporkan peningkatan kes Covid-19 setiap hari.

Data daripada Kementerian Kesihatan India menunjukkan kes jangkitan sebanyak 165,799, dengan negeri di barat negara itu Maharashtra- yang menempatkan hab kewangan Mumbai- melaporkan 36% kes dan 42% kematian.

China, negara mulanya wabak itu tahun lepas, melaporkan tiada kematian atau kes baharu hari ini, dengan jumlah korban seramai 4,634 dan 82,995 kes jangkitan.

Walaupun jumlah kes masih meningkat, India mula melonggarkan perintah berkurung yang memberi kesan buruk kepada ekonominya dengan golongan miskin negara itu paling teruk terjejas.

Menteri Dalam Negeri Amit Shah dijangka mengadakan perbincangan dengan ketua menteri negeri untuk membincangkan proses kelonggaran ekonomi seterusnya, lapor media negara itu.

Wabak Covid-19 sudah membunuh 357,311 orang di seluruh dunia menurut maklumat dikumpul AFP setakat jam 1900 GMT (3 pagi waktu Malaysia) dengan angka korban tertinggi dicatatkan di AS seramai 101,002 orang. – AFP, 29 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen