ALGERIA pada Khamis memutuskan untuk melanjutkan sekatan pergerakan selama 15 hari lagi bagi mengekang penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Anadolu.
Sekatan pergerakan di 44 wilayah akan dilanjutkan sehingga 15 Jun, kata kerajaan dalam satu kenyataan.
Ia akan dikuat kuasa antara 7 malam dan 7 pagi waktu tempatan (1800GMT - 0600GMT) di 28 wilayah manakala di 16 wilayah antara pukul 5 petang hingga 7 pagi waktu tempatan (1600GMT - 0600GMT), tambah kenyataan itu.
Kuarantin di empat wilayah ditarik balik.
Menurut statistik terkini, sejumlah 630 orang maut akibat Covid-19, sementara jumlah kes sebanyak 8,997 dengan 5,277 pesakit sembuh. – Bernama, 29 Mei, 2020.
Komen