Redzuan, Shahruddin akan bertemu media


Diyana Ibrahim

Menteri di JPM Mohd Redzuan Yusof dijangka mengadakan sidang media di ibu pejabat Bersatu petang ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Mei, 2020.

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof dan Timbalan Menteri Kerja Raya Dr Shahruddin Md Salleh bakal mengadakan sidang media bersama di ibu pejabat Bersatu hari ini pada jam 5 petang.

Pegawai di ibu pejabat Bersatu memberitahu wartawan, kedua-duanya dijangka bercakap dengan media sebelum bekas pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad memberi ucapan kepada media.

Tidak dapat dipastikan isu bagi sidang media kedua-duanya tetapi spekulasi berlegar bahawa beberapa menteri yang berpihak kepada Presiden Bersatu dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan mengundurkan diri.

Wartawan mula berkumpul di ibu pejabat Bersatu pada pukul 1.30 tengah hari selepas Dr Mahathir memutuskan untuk mengadakan sidang media di ibu pejabat parti pada pukul 2.30 petang hari ini.

Hanya 24 jam sebelumnya, Dr Mahathir dan empat anggota Parlimen Bersatu yang lain dibatalkan keahlian mereka oleh parti kerana duduk di bangku pembangkang pada 18 Mei di Parlimen. – 29 Mei, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen