HULU Langat dan Semenyih adalah dua daerah di Selangor dengan kes Covid-19 yang aktif dalam zon merah, menurut infografik Jabatan Kesihatan negeri.
Hulu Langat, yang sebelum ini ditempatkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), mempunyai 44 kes aktif sementara Semenyih 68 kes.
Kedua-dua kawasan ini berada di bawah daerah Hulu Langat.
Sementara itu, Sabak Bernam dan Kuala Langat adalah satu-satunya dua daripada sembilan daerah di negeri ini yang bebas jangkitan.
Selangor melaporkan jumlah kumulatif 1,845 kes setakat tengah hari semalam, dengan 244 kes masih aktif.
Ia juga mencatatkan 1,510 pemulihan dan 22 kematian.
Negeri ini turut mencatatkan 69 kes yang diimport, 44 daripadanya telah pulih. – 29 Mei, 2020.
Komen