PANDEMIK Covid-19 memaksa perlunya polisi mengatur semula pekerja dari industri terjejas kepada bidang yang sedang meningkat dari segi permintaan buruhnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia dalam laporan ekonami terbarunya.
Industri tertentu yang lebih teruk terjejas oleh wabak tersebut, seperti perhotelan dan peruncitan, sementara yang lain menyaksikan permintaan bagi tenaga kerja, katanya dalam laporan pertama Kajian Statistik Ekonomi Malaysia bagi 2020.
“Melangkah ke hadapan, polisi pasaran buruh yang dinamik diperlukan bagi mengatasi ketidakseimbangan pasaran buruh ini.
“Dalam jangka pendek, kekurangan tenaga kerja diramalkan dalam industri perkhidmatan penting iaitu industri berasaskan kesihatan, pertanian dan makanan ketika permintaan meningkat dalam industri ini.
“Oleh itu, kesemua sektor ini berpotensi menyerap pekerja yang berdepan kehilangan pekerjaan.”
Sebahagian perubahan pasaran tenaga kerja disebabkan amalan “norma baharu” dalam menjalankan perniagaan di dunia Covid-19 yang mempengaruhi prosedur operasi untuk mengimbangi masalah kesihatan dengan pemulihan ekonomi serta mapan.
“Ia sebaliknya, akan mempengaruhi dinamik pasaran tenaga kerja kerana permintaan tenaga kerja mungkin jatuh dalam industri tertentu namun meningkat dalam industri lain.” – 29 Mei, 2020.
Berita penuh di sini
Komen