Covid-19 ragut lebih 357,000 nyawa sejak Disember


Petugas kesihatan sedang mengambil sampel dari seorang penduduk di Medellin, Colombia semasa ujian saringan Covid-19. – Gambar AFP, 29 Mei, 2020.

VIRUS Covid-19 meragut 357,311 nyawa di seluruh dunia sejak ia mula dikesan di China pada Disember tahun lalu, menurut sumber rasmi yang diperolehi AFP semalam.

Sekurang-kurangnya 5,747,100 kes dilaporkan di 196 negara dan wilayah. Daripada jumlah itu, seramai 2,296,900 pesakit pulih daripada jangkitan.

Data yang diperolehi AFP dari pihak berkuasa negara-negara dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mungkin hanya sebilangan kecil daripada jumlah jangkitan sebenar.

Ini kerana kebanyakan negara hanya menjalankan ujian kes atas kes yang paling serius.

Amerika Syarikat (AS) paling teruk terjejas akibat Covid-19 di mana 1,709,996 kes dengan 101,002 kematian disahkan setakat semalam. Sekurang-kurangnya 391,508 orang pulih di negara itu.

Ini diikuti Britain yang sehingga kini mengesahkan 269,127 kes dengan 37,837 kematian, Itali (33,142 kematian daripada 231,732 kes), Perancis (28,662 kematian daripada 186,238 kes) dan Sepanyol (7,119 kematian daripada 237,906 kes).

China - tidak termasuk Hong Kong dan Macau - setakat ini melaporkan 4,634 kematian dan 82,974 kes. Seramai 78,261 pesakit pulih.

Eropah secara keseluruhan merekod 175,760 kematian daripada 2,095,811 kes, AS dan Kanada 107,940 kematian daripada 1,798,464 kes; Amerika Latin dan Caribbean 45,457 kematian daripada 48,218 kes; Asia 15,118 kematian daripada 493,292 kes; Timur Tengah 9,160 kematian daripada 375,524 kes; Afrika 3,744 kematian daripada 127,281 kes; dan Oceania 132 kematian daripada 8,517 kes. – AFP, 29 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen