SELEPAS dua hari berturut-turut ratusan kes baharu Covid-19 dilaporkan, Malaysia hari ini merekodkan hanya 15 kes jangkitan baharu.
Selain itu, tiada kematian dilaporkan sejak 24 jam lalu kerana wabak itu, menjadikan jumlah korban wabak di negara ini kekal 115 orang.
Data terbaru itu menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 7,619 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Katanya lagi, daripada jumlah kes baharu hari ini, enam adalah kes import manakala bakinya adalah kes jangkitan tempatan dengan empat kes melibatkan warga asing.
Terdapat 1,421 kes masih aktif.
Sementara itu, 42 orang disahkan pulih Covid-19 dan dibenar keluar hospital setakat tengahari tadi, menjadikan jumlah kes pulih adalah 6,083 kes atau 79.8% daripada keseluruhan kes.
Tambah Dr Noor Hisham lagi, lapan pesakit kini dirawat di ICU dengan empat memerlukan alat bantuan pernafasan. – 27 Mei, 2020.
__full.jpg)
Komen