Kementerian siasat punca jangkitan Covid-19 di depoh tahanan


Ragananthini Vethasalam

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan masih menyiasat dua kemungkinan jangkitan yang berlaku dalam kalangan tahanan di depoh tahanan Imigresen. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Mei, 2020.

MIGRAN di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil yang ditahan sebelum perintah kawalan pergerakan bermula pada Mac mungkin menjangkiti Covid-19 daripada orang lain yang dibawa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau daripada kakitangan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kementerian Kesihatan masih menyiasat dua kemungkinan ini mengenai bagaimana coronavirus dipindahkan terhadap tahanan di depot yang dibawa sebelum 18 Mac, ketika PKP dikuatkuasakan.

Pendatang asing tanpa izin yang ditahan sebelum tempoh ini di Blok A depot sementara mereka yang dibawa masuk dari kawasan PKPD semasa PKP berkuat kuasa ditempatkan di Blok B dan C.

“Kami sedang menyiasat sumber jangkitan.

“Ada kemungkinan ada jangkitan antara mereka yang masuk dari PKPD ke Blok A. Kami belum tahu (lagi) tetapi ia mungkin,” katanya pada taklimat harian Covid-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata tahanan di empat blok di depot tidak dibenarkan bercampur atau bergerak di antara blok.

Kemungkinan lain adalah jangkitan dalam kalangan kakitangan perkhidmatan di depot seperti tukang cuci.

Beliau menambah bahawa polisi Jabatan Imigresen menghendaki semua tahanan disaring sebelum mereka dimasukkan ke pusat tahanan.

Hanya mereka yang diuji negatif akan ditempatkan di sana.

Malah katanya pusat tahanan adalah kawasan berisiko tinggi, Kementerian Kesihatan juga akan memeriksa kawasan berkenaan.

Setakat ini, 383 kes dikesan di tiga pusat tahanan Imigresen termasuk 281 kes di Bukit Jalil, Semenyih (66) dan Sepang (36). – 26 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen