AS sekat kemasukan dari Brazil 


Pekerja perkuburan Campo de Esperanza menguruskan pengebumian mangsa Covid-19, di Brasilia, Brazil, pada 21 Mei 2020. – Gambar EPA, 25 Mei, 2020.

PRESIDEN Donald Trump pada Ahad menggantung perjalanan dari Brazil, yang kini muncul sebagaipusta wabak utama baharu pandemik koronavirus, kata White House.

Mereka yang bukan rakyat Amerika dan berada di Brazil dalam tempoh 14 hari sebelum memohon masuk ke AS tidak boleh dibenarkan, kata Setiausaha Akhbar White House Kayleigh McEnany. Perdagangan tidak terjejas dengan peraturan baharu.

“Tindakan hari ini akan membantu memastikan warga negara asing yang berada di Brazil tidak menjadi sumber jangkitan tambahan di negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Dengan hampir 350,000 kes disahkan, Brazil kini merupakan negara kedua di dunia yang mempunyai kes paling tinggi selepas AS. Ia mencatatkan lebih 22,000 kematian.

Presiden Brazil Jair Bolsonaro adalah sekutu politik Trump dan dengan sikapnya yang kasar, cara percakapan yang tidak wajar, beliau dijuluki sebagai “Tropical Trump.”

Dan, seperti Trump, Bolsonaro memperlekehkan krisis kesihatan, dengan terkenal membandingkan virus itu dengan “selesema kecil” dan berpendapat langkah tinggal di rumah sebagai tidak perlu dan merugikan ekonomi terbesar Amerika Latin. – AFP, 25 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen