60% tidak dapat bertahan dalam tempoh seminggu jika hilang kerja


KIRA-KIRA 60% pekerja di Malaysia akan sukar untuk bertahan lebih daripada seminggu jika mereka tiba-tiba hilang kerja disebabkan wabak Covid-19, kata felo kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Azlan Awang berkata pekerja ini juga tidak akan mampu untuk mengumpulkan duit walau RM1,000 jika mereka hilang kerja.

Beliau berkata ini berdasarkan kajian 2017 oleh Bank Negara Malaysia dan Majlis Tindakan Ekonomi Nasional yang mendapati 50% isi rumah di negara ini masih hidup di bawah kadar upah minimum.

Penemuan ini kini didedahkan dengan pandemik Covid-19, katanya pada webinar anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) semalam mengenai kesan wabak koronavirus kepada pekerja.

“(Kajian) menunjukkan (kebanyakan) pekerja memiliki cukup duit hanya seminggu jika mereka tiba-tiba hilang kerja, yang merupakan kriteria bagi klasifikasi mudah terjajas.”

Bank Negara mengklasifikasikan 75% tenaga kerja di Malaysia sebagai anggota kumpulan paling mudah terjejas di negara ini, yang akan paling teruk dilanda krisis ekonomi.

“Pekerja Malaysia umumnya mempunyai kuasa beli yang sangat rendah. Inilah sebab mengapa mereka tidak dapat menangani kenaikan kos sara hidup terutama pada saat seperti wabak ini,” tambah Azlan.

Penyumbang kepada masalah ini adalah gaji rendah dengan bahagian gaji Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya 35%, pada kadar sederhana RM2,300 sebulan.

Azlan berkata sudah tiba masanya kerajaan “menetapkan semula” pemahaman mengenai kejayaan ekonomi dan mengubah kerangka daripada pertumbuhan sahaja kepada sesuatu yang lebih mampan.

“Kita harus seimbang dan tidak fokus pada pertumbuhan perniagaan dan ekonomi saja. Kita mesti mempunyai sistem yang lebih lestari,” katanya.

Ahli panel lain di webinar, Ahli Majlis Penasihat Tenaga Kerja Nasional (NLAC) A Sivananthan menekankan ketidakadilan upah rendah ketika majikan ‘meraih keuntungan selama beberapa dekad’.

“Dan sekarang mereka berkata tidak dapat berfungsi walaupun selama dua bulan di bawah Covid-19. Mereka memperoleh keuntungan besar dengan keringat dan air mata pekerja. Sekurang-kurangnya 50% penduduk Malaysia adalah pekerja, itu adalah betapa besarnya masalah yang dihadapi sekarang,” kata Sivananthan. – 24 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen